DIY Rak Barang Mesin Basuh Dari Paip PVC, Tak Perlu Terbongkok Ambil Sabun

Biasanya di rumah kita beli banyak jenis sabun untuk membasuh baju. Jadi alangkah eloknya kalau barang ini ada rak sendiri, letak setempat.

Lagi senang rak yang tinggi sikit, supaya tak perlulah terbongkok bongkok cari sabun pada lantai. Selamat pun ya juga kalau ada anak kecil. Takdelah dijadikan barang mainan.

Paling penting nampak tersusun.

Rak ini pun boleh saja kita buat sendiri, lagi jimat guna paip PVC saja macam perkongsian Mohd Hafizallah Ariffin ini.

DIY rak letak barang di mesin basuh)

Masih projek pipe pvc…hehe.. ini untuk kemudahan org rumah saya suke nyusun2x…

Senarai barang yang digunakan ialah :

  • Penyambung 'L' pipe pvc – RM0.47 sebiji(beli di kedai Mr.DIY) (2 biji x 0.47 = RM0.94)
  • Penyambung 'T' pipe pvc – RM0.66 sebiji(beli di kedai Mr.DIY) (12 biji x 0.66 = RM7.92)
  • Siku 'L' besi – Rm 2.00 sepeket(beli di kedai Eco)
  • Papan – RM8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di Ikea) (2 papan × 8.00 = rm16.00)
  • Batang paip pvc – RM1.51 sebatang (beli di MR.DIY) (8 batang × 1.51 = RM12.08)

Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik….

Siku 'L' saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.

Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa.

Sekian Terima Kasih.

Kredit: Mohd Hafizallah Ariffin

The post DIY Rak Barang Mesin Basuh Dari Paip PVC, Tak Perlu Terbongkok Ambil Sabun appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments