Dipercayai Untuk Puaskan Nafsu Suami, Pembantu Rumah Didakwa Cabul Bayi 8 Bulan Sambil ‘Video Call’ Suami

Seorang pembantu rumah didakwa telah mencabul bayi perempuan yang berusia 8 bulan dan dipercayai telah menggunakan dadah jenis syabu di bilik air sebelum melakukan perbuatan itu, lapor Tribun News.

Suspek dipercayai telah mengaku mengenai perbuatannya itu kepada balai polis Kota Pariaman, Sumatera Barat.

“Dia mengakui bahawa dia menggunakan dadah terbabit sehari sebelum melakukan perbuatan kejinya itu,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Pariaman, AKP Ardiansyah Rolindo.

Ardiansyah mengatakan bahawa suspek adalah bekas pesalah dalam kes penggunaan syabu dan tindakannya berkemungkinan dipengaruhi oleh dadah tersebut.

“Ada kemungkinan, namun kita belum dapat memastikan sama perbuatannya itu disebabkan oleh pengaruh dadah atau tidak, yang pastinya dia merupakan bekas seorang pesalah kes dadah,” ujar Ardiansyah.

Suspek kini berada dalam siasatan intensif dan polis sedang menyiasat serta mengembangkan kes terbabit.

“Suami suspek juga mungkin terlibat dengan melakukn panggilan video saat melakukan pencabulan tersebut,” kata Ardiansyah.

Demi memuaskan nafsu si suami, suspek didakwa sanggup mencabul mangsa dengan menggunakan botol minyak wangi dan disaksikan oleh suaminya itu melalui panggilan video.

Tindakan suspek terbongkar setelah ibu mangsa curiga melihat tingkah laku suspek di dalam bilik ketika menjaga anaknya.

Majikannya itu juga berterusan mendesak agar pembantu rumah itu menceritakan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Tidak dapat menerima anaknya telah dianiaya, wanita tersebut kemudian membuat laporan kepada pihak polis.

Setelah ditangkap, suspek akhirnya mengaku tindakannya itu adalah kerana dia dipaksa dan diancam akan dibunuh oleh suaminya.

Sumber: Tribun News

The post Dipercayai Untuk Puaskan Nafsu Suami, Pembantu Rumah Didakwa Cabul Bayi 8 Bulan Sambil ‘Video Call’ Suami appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments