Cuma Air Semburan Bunga Cengkih, Cara Mudah Tapi Berkesan Pulihkan Sayuran Kena Serangga Perosak

 

Penat menanam, sayur pun dah bercambah tiba-tiba kena serangan serangan perosak. Memang frust dibuatnya.

Tapi jangan susah hati ada cara mudah nak pulihkan tanam sayur yang terkena serangga perosak atau kutu daun.

Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Anna yang berjaya pulihkan bayam Brazil yang rosak akibat diserang serangan perosak.

Tanaman hidup subur pada awalnya tapi dalam masa dua hari daunnya habis dimakan oleh serangga kecil itu.

Tapi daun bayam yang rosak itu kembali pulih selepas mengamalkan air semburan bunga cengkih.

Gambar 1- daun bayam Brazil sedang ‘dikendurikan’ serangga perosak

Cara buat air semburan bunga cengkih

1. Ambil satu sudu besar cengkih. Rebus dalam seliter air paip. Saya guna air tapis.

2. Selepas sejuk masukkan dalam botol spray. Spray setiap hari pagi dan petang.

3. Sembur saja tak perlu cabut daun-daun yang rosak, supaya nanti kita akan dapat lihat perbezaannya.

Gambar 2 – Dah nampak sedikit perbezaan selepas disembur air cengkih

Gambar 3 – Bayam Brazil dah kembali pulih

Info
Sudu plastik tu untuk elak kucing duduk atas tanaman. Ada jugak letak garfu atau chopstick.

Sumber: Nor Anna

 

The post Cuma Air Semburan Bunga Cengkih, Cara Mudah Tapi Berkesan Pulihkan Sayuran Kena Serangga Perosak appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments