Cucuk Bawang Putih Seulas, Petua Mudah & Berkesan Elak Pokok Sayur Dari Serangan Ulat

Bagi yang suka bercucuk tanam sayur, petua yang dikongsi oleh Suzurina Binti Muda ini berguna untuk diaplikasikan.

Terutama jika tanaman dah terkena serangan serangga, ulat dan siput.

Mempraktikkan kaedah ini pada tanaman bayam brazil yang diserang ulat beluncas halus kini tanamannya itu sudah kembali elok dan subur.

Caranya

Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk/ tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur.

Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur.

Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain.

Sebelum buat petua yang diperoleh dari video di Youtube bayam brazil yang ditanam tak boleh dimakan penuh dengan ulat beluncas halus. Kini dah hidup subur dan cantik.

Sumber: Suzurina Binti Muda

The post Cucuk Bawang Putih Seulas, Petua Mudah & Berkesan Elak Pokok Sayur Dari Serangan Ulat appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments