Cara Buat Set Nasi Butter ala KFC. Lengkap Dengan Ayam Goreng & Sup

 

Kalau pergi ke restoren makanan segera ini, selain ayam set nasi juga jadi kegemaran anak-anak kita.
Rasa macam nasi ayam dan juga ada rasa mentega. Mungkin sebab itu anak-anak suka.

Tapi nak bawa anak selalu makan di sini, mungkin tak dapat. Satu set boleh tahan harganya. Jadi untuk
langkah penjimatan kita buat sendiri. Resipinya pun ada, dikongsi oleh Syue Haida.

Bahan-bahan untuk nasi butter:

4 cawan beras
4 biji bawang putih – ketuk dan potong halus
1 biji bawang merah (jika suka) – hiris nipis
125g butter
Halia – ketuk biar pecah sikit
1 cawan freshmilk (apa-apa brand asalkan full cream)
1 kiub pati ayam
Garam
(Kuantiti ini untuk 5 orang makan)

Cara masak:

1. Panaskan kuali, masukkan butter tumis bawang putih. Kalau nak masukkan bawang merah tumiskan sekali sampai naik bau.

2. Masukkan halia.

3. Masukkan freshmilk dan kacau sekejap dalam 2 minit.

4. Masukkan beras yg dah dibasuh diikuti kiub pati ayam. Gaul beras sekejap dalam 3 minit.

5. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, sukatan air ditambahkan dengan secawan susu. (Cara saya, beras 4 cawan air 4 cawan +1 cawan susu). Masukkan juga sedikit garam dan masak seperti biasa.

Nota: Sukatan air bergantung pada jenis beras yang diguna.

Bahan untuk ayam goreng ala KFC:

10 ketul ayam
1 cawan tepung Bestari original
1 cawan tepung Bestari spicy

Nota

  • Kalau ada anak yang tak makan pedas boleh guna tepung Bestari original saja. Bancuhan ini untuk rasa
  • ayam goreng spicy.

Cara masak:

1. Ambil 5-6 sudu besar campuran tepung tadi, masukkan dalam ayam gaulkan sekali.Tak perlu tambah air.

2. Gaul ayam dengan tepung saja.

3. Perap ayam dengan tepung selama 2 jam, nak lagi sedap perap lagi lama.

4. Dah perap, panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap tadi dan gaulkan dengan tepung campuran tadi.

5. Salutkan tepung tebal dan masukkan dalam kuali. Goreng hingga garing guna api sederhana.

Bahan untuk sup ayam meatball:

Leher/kaki ayam potong kecil
10 biji chicken meatball
Daun sup
1 kiub pati ayam
Halia (ketuk)
Bawang putih
3 cawan air
Garam secukupnya

Cara masak:

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam yang dah dipotong. Biarkan sekejap.

2. Masukkan chicken meatball, kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak

3. Masukkan garam dan daun sup. Siap! Boleh dihidangkan

Sumber: Syue Haida

The post Cara Buat Set Nasi Butter ala KFC. Lengkap Dengan Ayam Goreng & Sup appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments