Cara Buat Bakso Homemade, Resipi Original Dari Seberang. Sambalnya Pedas Padu!

Selain mi atau bihun sup, hidangan bakso juga biasa kita nikmati. Lagi sedap kalau dapat sambalnya yang pedas dan banyak bebola dagingnya. Memang kenyang.

Kalau anda antara penggemar bakso, eloknya juga belajar buat sendiri bakso ikut resipi ini original daripada seberang ini, perkongsian Fara Amirullah.

Bahan sup bakso

Bawang besar – 2 biji
Garlic in olive oil – 2 sudu makan
Halia 2 inci
Lada hitam 1 sudu makan

Blend halus kesemua bahan ni

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Masukkan 2,3 helai bay leaf

Dah naik bau masukkan air (ikut citarasa). Saya masukkan 3 jag blender. Garam sikit, sup bakso ni tak payah masak sedap-sedap sebab nanti kita akan seimbangkan rasanya dengan kicap, sos and sambal bakso.

Bahan untuk bebola daging bakso
Daging kisar – 250gm
Tepung ubi – 3 sudu makan
Garlic in olive oil – 1 sudu makan
Lada putih – 1/2 sudu makan
Putih telur – 1 biji
Garam secukup rasa

Kisar ke semua bahan sampai halus, tuang adunan ke dalam mangkuk and uli

Nak senang pakai senduk spagetti. Tekan adunan daging yang dah diuli pada lubang tengah kemudian sudu kan bebola yang terbentuk itu ke dalam sup. Senang mudah ringkas!
Masak sampai daging empuk. Rupa daging memang agak buruk, itu menandakan daging betul-betul lembut tak banyak tepung. Bebola bakso jangn banyakkan tepung, tak sedap!

Kalau malas nak uli boleh beli bebola bakso yang dah siap. Tuang terus dalam sup.

Bahan Sambal Bakso
Cili api – 20 batang
Cili padi – 10 batang
Cili kering – 5 batang
Bawang putih – 2 ulas
Apple cider – 1/2 sudu makan
Garam secukup rasa

Kisar halus semua bahan.

Awasnya cili ini pedas gila! Kalau tak tahan pedas kurangkan kuantiti cili.

Sambal bakso
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng

Celur bihun dgn air panas sekejap and toskan. Kalau nak pakai mee pon boleh

Sos cili
Kicap (patutnya pakai kicap pekat)

Satukan bahan di dalam mangkuk, sesuaikan rasa sos cili, kicap and sambal. 3 bahan ni yang penting dalam bakso.

The post Cara Buat Bakso Homemade, Resipi Original Dari Seberang. Sambalnya Pedas Padu! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments