Cara Betul Jaga & Bersihkan Periuk Stainless Steel, Boleh Tahan Lama Hingga Ke Anak Cucu

Dapur setiap rumah mesti ada koleksi periuk belanga stainless steel untuk kegunaan memasak. Selalunya periuk ini boleh kita guna dalam tempoh yang lama malah boleh tahan sampai ke anak cucu jika betul penjagaannya.

Macam mana nak jaga periuk belanga kita supaya tahan lama macam ini. Boleh ikut perkongsian Angeline Tyy ini.

Cara betul jaga & bersih periuk stainless steel

Kalau tahu cara yg betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Caranya:

1. Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam utk membasuh periuk stainless steel.

Bahan ini akan merosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.


2. Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak.

3. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yg melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).

4. Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yg dibasahkan bersama Axion/ Swif detergent paste.

5. Tak perlu membuang masa utk menggosok dgn kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah utk dibasuh. Lap dgn tuala dapur kertas utk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.

Sumber: Angeline Tyy

The post Cara Betul Jaga & Bersihkan Periuk Stainless Steel, Boleh Tahan Lama Hingga Ke Anak Cucu appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments