Ali Puteh failkan saman balas terhadap bekas kakak iparnya, Hidayah mengaku ambil tabung, 4 jam tangan & RM10K dari akaun arwah suami


Ingatkan sudah selesai masalah di antara pelawak Ali Puteh dengan bekas kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali, rupanya masih belum dan kini kes itu diheret ke mahkamah. 

Ali mengaku telah memfailkan saman terhadap bekas kakak iparnya dan juga ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan kes itu telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam (Rabu 27/8/2020). 

Saman dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga). 

Menurut Ali, dia bertindak sedemikian sebagai tindak balas terhadap Hidayah yang mengeluarkan saman terhadap dirinya terlebih dahulu, selepas dinasihatkan oleh peguamnya atas beberapa faktor seperti kesan emosi mereka sekeluarga selepas video Hidayah bersama Aliff Syukri viral di media sosial. 

"Banyak yang kamu tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat," katanya. 

Dalam laporan Gempak, Hidayah yang selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas yang didakwa hasil tabungannya bersama Allahyarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah. 

Hidayah juga mengaku mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank arwah suaminya dan telah memasukkan kesemua wang itu ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut oleh plaintif. 

Hidayah juga enggan bertanggungjawab ke atas semua kenyataan yang telah dibuat oleh defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil atau ejennya dalam video yang viral itu. 

Selain itu, Hidayah juga telah memohon mahkamah menolak tuntutan plaintif itu semua dengan kos.

Ali sekali lagi menegaskan bahawa dia dan keluarganya hanya mahu membersihkan maruah mereka yang selama ini dipijak-pijak.

"Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

"Apa pun, saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami sekeluarga," katanya. 


Sementara itu, Hidayah enggan mengulas lanjut mengenai isu saman dari bekas adik iparnya kerana dia percaya suatu hari nanti kebenaran pasti akan terbongkar. 

"Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar. 

"Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak," katanya. 

Sumber: Gempak




r

Post a Comment

0 Comments