Adik Tak Sangka Ini Gambar Terakhir Abang Hantar, Pegawai Polis Maut Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

KANGAR, 20 Ogos – Seorang pegawai polis maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja setelah motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Padang Katong dekat sini malam tadi.

Mangsa, Inspektor Khairil Muzzammir Abdullah Sani, 34, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Kemalangan dua motosikal itu turut membabitkan lelaki berusia 18 tahun dan ibunya, 43.

Kedua-dua mereka mengalami kecederaan pada siku dan lutut.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Jalan Raja Muda ke Bintong, bertembung dengan motosikal dinaiki dua beranak terbabit yang keluar dari persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa terseret sejauh 25 meter sebelum melanggar tiang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wari berkata hasil ujian air kencing mendapati lelaki berusia 18 tahun itu positif dadah jenis syabu dan tidak memiliki lesen memandu.

“Penunggang motosikal tersebut kini direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian daripada adik mangsa, Fiqa Sani mengatakan bahawa abangnya ada menghantar sekeping gambar menerusi aplikadsi Whatsapp dan tidak menyangka gambar tersebut merupakan gambar terakhir Arwah.

Kepada yang mengenali abang saya, Khairil Muzzammir bin Abdullah Sani, mohon sedekahkan alfatihah kepada beliau. Baru sahaja meninggalkan kita semua jam 10 malam tadi di Perlis.

Gambar last abang sent dalam group family. Adik tak sangka gambar ni last awok akan sent. Adik sayang awok sampai bila-bila abg. 

Jika ada abang saya berhutang dengan sesiapa, tolong maklumkan kepada saya ya.

Tenanglah abangku. Dunia ini sementara dan hanya bikin awok penat aje. Rehat ye abang. Banyak sangat dah awok lalui…

Al-fatihah.

Khairil Muzzammir Bin Abdullah Sani
18/09/1986-19/08/2020

Kepada yang mengenali abang saya, Khairil Muzzammir bin Abdullah Sani, mohon sedekahkan alfatihah kepada beliau. Baru…

Posted by Fiqa Sani on Wednesday, 19 August 2020

 

 

Sumber: Bernama, Fiqa Sani

 

The post Adik Tak Sangka Ini Gambar Terakhir Abang Hantar, Pegawai Polis Maut Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments