Abang Ini Ajar Cara Buka & Cuci ‘Tahi’ Dalam Mesin Basuh, Punca Baju Dibasuh Berbau Busuk

Anda pasti pernah berdepan dengan situasi dimana pakaian yang dibasuh menggunakan mesin basuh seperti baju berbau busuk, biarpun menggunakan sabun dan pewangi yang sepatutnya membuatkan pakaian menjadi harum selepas dicuci kan.

Sebenarnya, pakaian anda mungkin dibasuh bersama-sama dengan ‘tahi’ dan anda langsung tidak sedar mengenainya.

Usah risau, ‘tahi’ yang kami dan abang ini maksudkan bukanlah tahi seperti yang difahami oleh kita semua, sebaliknya adalah kotoran hitam yang melekat pada mesin basuh yang tidak pernah dicuci selama ini.

Jadi kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda satu video tutorial daripada Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT bagaimana mahu membuka dan mencuci kotoran yang ada melekat pada mesin basuh masing-masing.

Tahi + sabun + baju = bersih tak???

Posted by Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT on Friday, 14 August 2020

Selamat mencuba, semoga mesin basuh anda menjadi lebih bersih dan tiada lagi masalah baju berbau atau pakaian melekat dengan benda-benda hitam.

Sumber: Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT

The post Abang Ini Ajar Cara Buka & Cuci ‘Tahi’ Dalam Mesin Basuh, Punca Baju Dibasuh Berbau Busuk appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments