Viral Video Wanita Diserang & Digigit Anjing, Tangan Habis Luka Berdarah

Kes anjing belaan yang bertindak agresif menyerang orang awam ini bukan perkara baharu.

Saban hari, pasti ada kes yang terjadi, biasanya melibatkan kawasan taman perumahan jenis teres.

Mungkin ada tragedi serangan oleh anjing jalanan yang liar, namun tidak dinafikan, anjing yang dibela dalam kawasan rumah juga berpotensi untuk menyerang manusia.

Sering kali yang menjadi mangsa adalah individu pejalan kaki, posmen, penghantar barang dan sebagainya.

Baru-baru ini, terjadi lagi satu kes serangan anjing terbaharu, didakwa berlaku di sebuah taman perumahan di Melaka.

Ikuti perkongsian rakaman video melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh Arull Shahrull Baru di Facebooknya di bawah ini.

Salam…kongsi info.

Kes: Serangan anjing di sebuah taman di Melaka.

Satu kejadian serangan anjing yang dibela oleh warga taman itu telah menyebabkan kecederaan parah pada mangsa.

Mohon semua lebih berhati-hati dan melaporkan jika terlihat anjing yang berkeliaran dan mohon persatuan penduduk menasihatkan pemilik-pemilik anjing supaya lebih berdisiplin menjaga anjing mereka.

Maklum dan terima kasih.

Sumber: Arull Shahrull Baru

The post Viral Video Wanita Diserang & Digigit Anjing, Tangan Habis Luka Berdarah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments