Viral Aksi Didakwa “Child Grooming” Guna Aplikasi Popular, PDRM Ingatkan Mak Ayah Selalu Pantau Anak-anak

Dunia hari ini semakin berada dalam arus modenisasi, di mana semua perkara boleh dibuat dari hujung jadi sahaja.

Kemunculan pelbagai aplikasi di dunia maya begitu memudahkan manusia untuk saling berhubungan.

Selain digunakan untuk tujuan berkomunikasi seperti aplikasi WhatsApp dan Telegram, tidak dinafikan, aplikasi sosial seperti Facebook dan Instagram juga sangat berguna untuk manusia saling berkongsi pelbagai perkara.

Percaya atau tidak, ada sesetengah aplikasi didakwa mampu menjadi lubuk penjenayah untuk mencari mangsa mereka dengan mudah, termasuklah pemangsa pedofilia, seperti satu aplikasi popular ini.

Ikut penjelasan dari halaman Facebook PDRM ini.

IBU BAPA, SILA PANTAU ANAK KECIL ANDA

Aplikasi ini kini menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat, baik di Malaysia mahupun luar negara. Ia menjadi platform untuk mengekspresikan diri dalam bentuk nyanyian, tarian, seni fotografi dan sebagainya.

Namun demikian, dalam keterujaan menggunakan aplikasi tersebut, tolong ambil peduli mengenai individu yang cuba mengambil kesempatan kepada kanak-kanak (pedofilia).

Mereka ini akan cuba memanipulasi keseronokan merakam cabaran dengan melakukan pengantunan kanak-kanak (child grooming); meminta anak kecil berkenaan menyentuh atau melihat bahagian sulit pada tubuh.

Rakaman video tersebut kemudiannya mungkin disimpan sebagai koleksi peribadi atau disebarkan kepada individu pedofilia lain.

Oleh itu ibu bapa sekalian, sila pantau dengan siapa anak kecil anda. Pastikan setiap cabaran yang dilakukan sentiasa di bawah pengawasan anda. Sedikit terlalai, anak anda mungkin menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Human Tracfficking is not a myth dan Bobbi Lynne Starr, Polis Diraja Malaysia

The post Viral Aksi Didakwa “Child Grooming” Guna Aplikasi Popular, PDRM Ingatkan Mak Ayah Selalu Pantau Anak-anak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments