(Video)“Terkenal Bagi Pelancong China & Korea,” Lelaki Ini Kongsi Keindahan Pulau Mengalum Pukau Pandangan

Sejak PKP masuk kepada fasa pemulihan, ramai diantara kita yang sudah pun merancang untuk membawa seisi keluarga keluar berjalan-jalan makan angin.

Manakan tidak, setelah beberapa bulan terkurung di dalam rumah, niat untuk bebas itu pastinya membuak-buak. Pun begitu, pasti masih ramai lagi yang tidak tahu untuk pergi ke mana bukan?

Kepada penggemar suasana laut, pulau dan pantai, seorang pengguna Twitter bernama @mdqhairol ada berkongsikan tentang sebuah pulau yang cantik yang terletak di Pantai Barat Sabah. Hanya 1 jam 15 min perjalanan dari jeti Kota Kinabalu, pulau ini dikenali dengan nama Pulau Mengalum. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Gambaran yang diberikan lelaki ini sudah pastinya membuatkan ramai yang teruja untuk jejaki sendiri kawasan cantik di Sabah ini. Walaupun begitu, bukan di sini sahaja tempat yang boleh dikunjungi bagi mendapatkan ‘view’ yang indah, namun banyak lagi tempat di Malaysia boleh dikunjungi.

Sambil memulihkan kembali ekonomi Malaysia dari sudut pelancongan, percutian bersama keluarga dan rakan-rakan sudah pasti memberikan makna yang besar. Dan sudah pastinya mahukan harga yang berpatutan dan murah sekiranya hendak bercuti.

Jadi jangan risau kerana anda semua boleh membuat tempahan pelbagai tempat percutian di SINI dan dapatkan diskaun istimewa dengan kod ni SiakapTC.

Sumber: @mdqhairol

The post (Video)“Terkenal Bagi Pelancong China & Korea,” Lelaki Ini Kongsi Keindahan Pulau Mengalum Pukau Pandangan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments