(Video) Tular Rakaman Ikan Lumba-Lumba ‘Bermain’ Di Perairan Pulau Tioman

Boleh dikatakan rakyat Malaysia jarang berpeluang untuk melihat secara dekat ikan lumba-lumba bermain di perairan sini kerana spesies ini agak jarang untuk berada di perairan Malaysia. Apa yang mengejutkan ramai, tular satu video keasyikkan ikan lumba-lumba seakan-akan seronok bermaina di perairan Pulau Tioman, Pahang.

Menerusi klip video yang dikongsikan oleh Juara Mutiara Resort menunjukkan sekumpulan ikan lumba-lumba ‘bermain’ di perairan Pulau Tioman, Pahang yang dirakamkan seorang pengurus resort semalam, tular di media sosial hari ini.

Difahamkan melalui video tersebut, ikan lumba-lumba ini mengeluarkan bunyi sekaan seronok berada di perairan ini. Jelas kelihatan lebih dari lima ekor ikan ini munculkan diri di pulau tersebut.

Jadi, jika anda berkunjung ke sana tidak mustahil untuk menyaksikan sendiri aksi ikan lumba-lumba secara lebih dekat dan ia pasti menyeronokkan.

 

Sumber: Bernama

The post (Video) Tular Rakaman Ikan Lumba-Lumba ‘Bermain’ Di Perairan Pulau Tioman appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments