(Video) Tular Gajah “Wrong Way” Rempuh Kereta Semalam, Dipercayai Di Johor

Bagaikan filem Jumanji. Itu perumpamaan tepat yang ditujukan untuk situasi cemas yang dipercayai berlaku di kawasan Kota Tinggi di Johor semalam.

Rakaman video berdurasi 1.20 yang tular memaparkan seekor gajah dewasa yang dipercayai tersesat masuk ke jalan raya.

Gajah tersebut kelihatan seakan mengamuk, bergerak tanpa tujuan dan turut merempuh salah sebuah kenderaan yang ada di sana.

Selain itu, ada juga rakaman lain yang menunjukkan beberapa gajah turut bertandang ke salah sebuah gerai di lokasi berhampiran.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kota Tinggi – Mersing, memetik perkongsian di halaman Facebook Terserompok.

Meskipun nampak kelakar, bagaimanapun kejadian tersebut turut mengundang rasa bimbang dan sebak dalam kalangan netizen.

Gajah mengamuk..

31July2020/JohorKejadian malam tadi kelibat kumpulan gajah di Jalan Kota Tinggi – Mersing dekat Mawai. Anggota PDRM dari IPD Kota Tinggi dikerah ke lokasi bagi mengawal keadaan.. #terserompok

Posted by Terserompok on Friday, July 31, 2020

Lagi video dah macam dalam filem jumanji, sesiapa ada terjumpa papan jumanji sila pulangkan kepada pihak muzium.Ok lah apa-apa pun Perhilitan lebih faham bahasa gajah tentang gajah ini. Kenapa dia kerap muncul sekarang ini sebelum ini ada juga isu gajah tapi tak sedahsyat ni dia keluarkan diri.Harap Jabatan perhutanan dapat mengkaji tentang hutan simpan di sekitar Kota Tinggi dan juga Mersing apa yang sedang berlaku.Sekian Terima Kasih

Posted by Orang Kota – Tinggi on Friday, July 31, 2020

Sumber: Orang Kota – Tinggi, Terserompok

The post (Video) Tular Gajah “Wrong Way” Rempuh Kereta Semalam, Dipercayai Di Johor appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments