(Video) Tindakan Berani Lelaki Tangkap Budak Terjatuh Dari Tingkat 5 Berjaya Selamatkan Nyawa

Seorang lelaki telah menjadi penyelamat selepas menyelamatkan seorang budak lelaki yang terjatuh daripada tingkat 5 di sebuah blok pangsapuri daerah Xuyi, Kota Huai’an di Provinsi Jiangsu China Timur.

Dalam satu rakaman video yang mendebarkan, budak itu kehilangan cengkamannya dan mula jatuh hampir 100 kaki ke bawah.

Budak lelaki itu dikatakan bersendirian ketika dia mengurung diri di dalam bilik tidurnya. Budak berusia dua tahun itu kemudiannya menggunakan kerusi untuk keluar dari tingkap bilik tidur sebelum dia terjatuh dan akhirnya berpaut pada unit penyaman udara.

Gambar: The Sun

Menurut lelaki berkenaan, dia menyedari kanak-kanak itu tergantung dan terus mengambil langkah berjaga-jaga supaya kecederaan terhadap kanak-kanak itu dapat diminimakan.

Setelah saya melihat budak lelaki itu tergantung di sana, saya mengambil salah satu selimut saya dan empat dari kami berdiri di bawah untuk menangkapnya.

Nasib baik, seorang lelaki tempatan berfikiran pantas dengan meletakkan selimut di atas kanopi dan berdiri di bawah bangunan untuk menangkap budak itu sekiranya dia terjatuh ke bawah. Budak itu telah dibawa ke hospital daerah dan dilaporkan  tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Keberaniannya menyelamatkan kanak-kanak itu telah meraih perhatian ramai dan juga mendapat pujian daripada pihak berkuasa tempatan.

Sumber: The Sun

The post (Video) Tindakan Berani Lelaki Tangkap Budak Terjatuh Dari Tingkat 5 Berjaya Selamatkan Nyawa appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments