(Video) Terlepas Hentian Ingin Dituju, Wanita ‘Mengamuk’ Cuba Rebut Stereng Pemandu Bas Minta Dihentikan

Seorang penumpang di China telah ditahan setelah secara bahayanya ‘merebut’ stereng bas dalam usaha untuk turun dari bas itu di antara perhentian, lapor Daily Mail.

Wanita itu dipercayai telah terlepas dari destinasinya kerana tidur dan sangat marah ketika bangun dan menyedari bahawa dia berada di jalan lain di wilayah selatan Fujian.

Menerusi satu rakaman CCTV, wanita itu dilihat menendang pintu bas dengan marah dan berteriak pada pemandu bas sebelum menyerang pemandu itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah bas di bandar Putian sekitar jam 1.30 petang pada Khamis lalu.

Rakaman itu juga memperlihatkan bahawa wanita yang mengamuk itu juga merupakan satu-satunya penumpang yang berada dalam kenderaan tersebut.

Pemandu menghentikan bas di perhentian seterusnya namun wanita itu tidak turun. Pintu dilihat tertutup semasa dia mencuba untuk menghampirinya.

Wanita yang tidak didedahkan identiti itu berkata kepada pegawai polis bahawa dia tidak akan menyerang pemandu bas tersebut jika ada penumpang lain di situ.

Polis telah mengenakan tindakan wajib jenayah kepada wanita tersebut kerana disyaki membahayakan keselamatan awam dengan cara yang berbahaya.

Menurut pihak berkuasa tertinggi China, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dihukum mati jika keadaannya sangat serius.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Terlepas Hentian Ingin Dituju, Wanita ‘Mengamuk’ Cuba Rebut Stereng Pemandu Bas Minta Dihentikan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments