(Video) Tak Endah Amaran Polis, Tujuh Dilaporkan Maut Dalam Kejadian Trak Tangki Minyak Meletup

Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan telah terbakar hingga mati setelah trak tangki petrol yang terbalik telah meletup di utara Colombia, lapor BBC.

Polis tempatan juga mengesahkan bahawa lebih daripada 40 orang telah cedera dalam kejadian yang berlau di jalan berhampiran bandar Pueblo Viejo di Pantai Caribbean.

Orang ramai dipercayai cuba untuk ‘menyedut’ minyak dari tangki semasa trak tersebut tiba-tiba meletup.

Individu yang cedera telah dibawa ke beberapa hospital di daerah itu.

Sesetengah dari mereka mengalami luka kesan terbakar yang teruk dan wujud kebimbangan bahawa angka kematian akan meningkat lebih tinggi.

Pegawai tempatan mengatakan bahawa beberapa orang mengabaikan amaran polis mengenai bahaya tangki minyak tersebut.

Sumber: BBC

The post (Video) Tak Endah Amaran Polis, Tujuh Dilaporkan Maut Dalam Kejadian Trak Tangki Minyak Meletup appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments