(Video) Rombongan Musa Aman Dihalang Masuk Ke Istana Negeri Sabah

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan rombongannya dihalang masuk ke perkarangan Istana Negeri sebentar tadi.

Menerusi video durasi 47 saat daripada Bernama, sekatan  tersebut daripada pihak Polis menyebabkan beberapa buah kereta mewah itu ditahan di bulatan masuk ke Istana pada pukul 3.50 petang.

Difahamkan memlalui video ini, beberapa orang kanan Musa Aman keluar berunding dengan beberapa lagi polis dalam sekatan berkenaan.

Sehingga kini masih belum ada kesahihan sama ada mereka dapat melepasi sekatan tersebut atau tidak.

Terdahulu, Tan Sri Musa dalam satu sidang media memaklumkan bahawa beliau mempunyai majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan dan mendakwa bahawa pembubaran DUN adalah tidak wajar.

 

Sumber: Bernama

The post (Video) Rombongan Musa Aman Dihalang Masuk Ke Istana Negeri Sabah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments