(Video) “Rojo, Turunkan Ekor Kamu”, Oyen Buat Hal, “Enterframe” Ahli Parlimen UK Tengah Bermesyuarat Atas Talian

Perkara yang paling mendapat perhatian semasa siaran langsung adalah gangguan lucu yang jarang berlaku. Baru-baru ini, seorang anggota parlimen UK menjadi bualan warganet selepas kucing peliharaannya ‘enterframe’ semasa siaran langsung mesyuarat dalam talian.

John Nicolson, ahli parlimen Ochil & South Perthsire, mulanya berbincang mengenai kelebihan meletakkan sari kata semasa rancangan televisyen terganggu apabila muncul ekor kucingnya yang melambai-lambai di skrin.

“Saya minta maaf untuk ekor kucing saya,” kata ahli parlimen kepada ahli mesyuarat yang lain ketika, Rojo, kucing peliharaanya dengan santai berjalan dihadapan kamera.

Sementara ahli mesyuarat yang lain mula tertawa melihar gelagat lucu kucing ahli parlimen tersebut yang membuat kemunculan khas ekornya.

Gelak ketawa berlanjutan ketika Rojo enggan melangkah keluar dari mesyuarat tersebut dan memaksa John Nicolson menghalaunya.

Oleh kerana penampilan ekor Rojo di dalam mesyuarat tersebut tular dan berjaya mencuitkan hati ramai orang, dia mula mendapat populariti di kalangan warganet sehingga ahli parlimen tersebut mendedahkan wajah sebenar si oyen di laman Twitternya.

Sumber: Boredpanda

 

The post (Video) “Rojo, Turunkan Ekor Kamu”, Oyen Buat Hal, “Enterframe” Ahli Parlimen UK Tengah Bermesyuarat Atas Talian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments