(Video) Reaksi Mengharukan Kanak-Kanak Ini Bertemu Semula Dengan ‘Bestfriend’ Selepas Beberapa Bulan Terpisah

Dalam satu rakaman video yang diambil oleh seorang wanita, dia telah merakamkan saat ketika anaknya bertemu semula dengan rakan baiknya selepas berbulan-bulan terpisah disebabkan penularan wabak Covid-19.

Dia telah merancang untuk mempertemukan anaknya dengan rakan baiknya pada hari pertama sekolah dibuka tanpa pengetahuannya. Pada permulaan klip video berkenaan, dia telah bertanya kepada anaknya “Siapa yang akan anda temui?”. Anaknya telah membalas “Saya tidak tahu”.

Dapat dilihat, reaksi pertama anaknya ketika melihat rakan baiknya berada dihadapan mata. Anaknya seakan bingung dengan apa yang dilihatnya. Selepas itu, anaknya telah berlari ke arah rakan baiknya sambil menjerit “William”.

Kedua-duanya sangat teruja, mereka saling berpelukan dan melompat dan dia sangat terkejut dengan kejutan itu. Dapat dilihat daripada reaksi muka anaknya bahawa dia tidak tahu mereka akan bertemu antara satu sama lain untuk pertama kalinya.

Sejak anaknya bertemu dengan rakan baiknya di taman asuhan kanak-kanak dua tahun lalu, mereka telah menjadi rakan baik dan anaknya sangat merindui rakan baiknya sejak hari pertama penutupan sekolah akibat wabak covid-19.

Sumber: www.mirror.co.uk

The post (Video) Reaksi Mengharukan Kanak-Kanak Ini Bertemu Semula Dengan ‘Bestfriend’ Selepas Beberapa Bulan Terpisah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments