(Video) “Ramai Lagi Youtuber Masakan Yang Hebat”, Padam Semua Video, Sugu Mahu Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa

sugu pavithra berhenti padam Youtube

Pasangan Youtuber terkenal dengan video masakan, Sugu Pavithra dilaporkan tidak mahu ada kaitan dengan Youtube.

Menurut Bernama, mereka dipercayai telah memadam kesemua video yang pernah dimuatnaik sebelum ini di saluran berkenaan.

Suaminya, M Sugu dilaporkan berkata, tindakan itu susulan mereka tidak mahu lagi terlibat dengan perkara yang boleh meraih perhatian umum.

Semakan  mendapati akaun Youtube mereka yang kini mempunyai lebih 787,000 pelanggan tidak lagi mempunyai sebarang kandungan video seperti sebelum ini.

Pasangan ini mula mencipta nama apabila video masakan yang dimuat naik di saluran Youtube tersebut menarik minat rakyat Malaysia selain turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri.

Sugu Pavithra tidak mahu ada kaitan lagi dengan YouTube

#BuletinBernama: Pasangan YouTuber dikenali ramai melalui saluran mengenai masakan, Sugu Pavithra, membuat keputusan untuk tidak ada kaitan lagi dengan laman YouTube. Suaminya, M Sugu berkata, semua video pernah dimuat naik sebelum ini dalam saluran YouTube bersama isteri, S Pavithra, dipadam kerana mereka enggan lagi terbabit dengan perkara yang boleh meraih perhatian umum.

Posted by Bernama TV on Sunday, July 26, 2020

Sumber: Bernama

The post (Video) “Ramai Lagi Youtuber Masakan Yang Hebat”, Padam Semua Video, Sugu Mahu Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments