(Video) Rakaman Menakjubkan Penyelam ‘Jelajah’ Kapal Selam ‘Tersadai’ Di Dasar Laut Dipercayai Sejak Perang Dunia Kedua

Sebuah video memaparkan sebuah kapal selam Jerman yang dipercayai telah tenggelam di persisir Cornwall semasa Perang Dunia ke-2 berjaya dirakamkan oleh sepasukan penyelam.

Rakaman tersebut telah dirakam oleh Dive Newquay dimana ianya memaparkan sisa kapal selam yang dikenali sebagai U-1021. Kapal selam itu juga dilaporkan mula berkhidmat pada tahun 1944 sehinggalah didapati hilang pada awal tahun 1945.

Bangkai kapal tersebut buat pertama kalinya ditemui kira-kira tujuh batu nautika dari Newquay, Cornwall pada bulan Disember 2006 oleh seorang ahli arkeologi bernama Innes McCartney dan Sejarawan Axel Niestle.

Video tersebut memaparkan para penyelam cuba untuk mendekati bangkai kapal yang dipercayai tenggelam akibat terkena periuk api pada 75 tahun lalu.

Menurut Dive Newquay, mereka hanya melakukan ‘operasi teknikal’ sahaja pada ketika itu, namun tidak menjangka bahawa akan dapat pengalaman yang begitu berharga.

Difahamkan, kapal selam tersebut telah ditenggelamkan oleh periuk api yang didakwa dipasang di perairan sekitar Cornwall pada 3 Disember 1994.

U-1021 terletak tidak jauh dari dua lagi kapal selam milik Jerman iaitu U-325 dan U-400 yang juga turut tenggelam dipercayai akibat terkena periuk api yang dipasang di kawasan tersebut.

U-1021 adalah kapal selam jenis VIIC/31 dengan berat sekitar 850 tan ketika menyelam dan memiliki panjang berukuran 220 kaki. Kapal selam ini mampu menyelam sehingga 750 kaki di bawah permukaan laut.

Ianya telah dilancarkan pada Disember 1944 dan terus dilaporkan hilang semasa rondaan pertamanya dari Bergen menuju ke perairan di sekitar Land’s End.

Tarikh sebenar kapal tersebut tenggelam tidak dapat dipastikan, namun ianya telah bertolak dari Bergen pada 20 Februari 1945 menuju ke perairan Britain, dan selepas dari itu kapal tersebut tidak dapat dikesan.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Rakaman Menakjubkan Penyelam ‘Jelajah’ Kapal Selam ‘Tersadai’ Di Dasar Laut Dipercayai Sejak Perang Dunia Kedua appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments