(Video) Rakaman Beruang Dipercayai Dicucuk Objek Seakan Jarum Supaya Buat Persembahan Undang Kemarahan

Seorang pekerja zoo di China telah dipecat selepas didakwa mencucuk seekor beruang hitam dengan sebatang jarum untuk memaksanya melakukan aksi sarkas, lapor Daily Mail.

Sebuah rakaman memaparkan pelatih tersebut mencucuk beruang tersebut pada bahagian dadanya menggunakan sejenis peralatan yang kelihatan seperti sebatang kayu panjang sebelum haiwan tersebut mula menurut arahan dengan bermain dengan gelung tersebut.

Rakaman tersebut yang tular juga telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif yang rata-ratanya marah dengan tindakan tersebut.

Pihak zoo terbabit mendakwa bahawa batang yang digambarkan oleh warganet sebagai ‘jarum’, adalah plastik dan digunakan untuk mengarah haiwan semasa melakukan persembahan.

Pihak pengurusan zoo menganggap tindakan pekerjanya itu adalah sangat tidak munasabah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak zoo pada Rabu, mereka telah memecat pekerja tersebut dan membatalkan acara beruang itu kerana tindakan pekerjanya.

Insiden tersebut dilaporkan terjadi di Taman Hidupan Liar Xi’an QinLing di ibu kota wilayah Shaanxi di barat laut China.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan berkenaan bila rakaman tersebut diambil, namun ianya telah menjadi tular semalam selepas ianya dikongsikan di platform media sosial China iaitu Weibo dan Douyin.

Video tersebut memaparkan seekor beruang yang dihukum oleh pelatihnya selepas gagal menuruti perintahnya.

Pihak zoo menyatakan bahawa mereka telah melancarkan satu siasatan berkenaan perkara tersebut selepas menonton video yang telah tular di media sosial itu.

Mereka mengesahkan insiden itu terjadi di ‘Big Circus World’ yang berada di dalam taman tersebut, namun menafikan bahawa pekerjanya itu menggunakan jarum.

Pihak zoo tersebut juga turut menegaskan bahawa pelatih lazimnya menggunakan batang plastik, seperti yang terdapat dalam video tersebut, untuk ‘mengarah’ dan ‘mengingatkan’ beruang terbabit bagi melengkapkan aksi mereka.

Kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa pihak pengurusan zoo telah menuntut pihak sarkas untuk memecat kakitangan yang berkenaan serta menghentikan pertunjukan beruang tersebut.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Rakaman Beruang Dipercayai Dicucuk Objek Seakan Jarum Supaya Buat Persembahan Undang Kemarahan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments