(Video) Pengantin ‘Disedut’ Ombak Hingga Hanyut Ke Laut Ketika ‘Photoshoot’ Atas Batu Di Tepi Pantai

Setiap perkahwinan pastinya tidak sah jika tidak ada sesi photoshoot bagi merakamkan memori manis yang bakal diingati sampai bila-bila oleh kedua-dua mempelai.

Pun begitu, hari bahagia bagi satu pasangan pengantin ini telah bertukar tragedi apabila kedua-dua mereka terakam dihanyutkan oleh ombak sehingga terjatuh ke dalam laut ketika sedang mengadakan sesi photoshoot di sebuah pantai yang terletak di Orange County, California.

Ketika sesi penggambaran itu berlangsung di atas batu di mana tempat mereka berdiri, secara tiba-tibanya ombak besar serta laju muncul lalu menghanyutkan mereka berdua ke dalam laut.

Mujur penyelamat pantai berkenaan sedar akan nasib yang menimpa kedua-dua pengantin tersebut. Mereka kemudiannya berjaya menyelamatkan kedua-dua pengantin yang lengkap dengan baju pengantin lagi ke tepi pantai.

Tindakan pantas penyelamat pantai itu berjaya menyelamatkan nyawa kedua-dua mangsa tersebut tanpa sebarang kecederaan.

Sumber: CTV News

The post (Video) Pengantin ‘Disedut’ Ombak Hingga Hanyut Ke Laut Ketika ‘Photoshoot’ Atas Batu Di Tepi Pantai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments