(Video) Mungkin Tak Perasan, Flamingo ‘Hentam’ Jambatan Di Kolam Buat Netizen Terhibur Dan Kesian

Satu rakaman video mencuit hati yang menyaksikan detik-detik ‘memalukan’ bagi seekor flamingo telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Menerusi video yang dimuatnaik di laman Twitter itu, flamingo tersebut dilihat sedang terbang melalui satu kolam renang yang juga dipenuhi beberapa orang ramai.

Pun begitu, terbangan yang rendah itu telah memperlihatkan haiwan tersebut melanggar satu jambatan kecil yang dibina di kolam tersebut dan membuatkannya bagaikan hilang arah.

Momen tersebut ternyata membuatkan orang ramai di situ terkedu namun mereka juga cuba untuk membantu mengeluarkan flamingo tersebut dari kolam.

Pastinya, ruangan komen dipenuhi dengan reaksi warganet yang rata-ratanya terhibur dan turut merasa malu bagi pihak flamingo tersebut.

Sumber: dmarcushammond

The post (Video) Mungkin Tak Perasan, Flamingo ‘Hentam’ Jambatan Di Kolam Buat Netizen Terhibur Dan Kesian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments