(Video) Mendebarkan, Tiga Wanita Hadapi Detik Cemas Dihampiri Beruang

Sekumpulan wanita yang berjalan kaki di Taman Ekologi Chipinque, Mexico menghadapi detik cemas apabila seekor beruang hitam secara tiba-tiba mendekati mereka.

Lebih menakutkan lagi, beruang tersebut kelihatan berdiri bersebelahan dengan salah seorang wanita tersebut selama beberapa saat sebelum menyentuh mereka dengan tapak kakinya.

Selain itu, ia juga turut kelihatan seperti menampar bahagian peha wanita itu beberapa kali.

Rakaman video berdurasi 59 saat itu mula tular di media sosial baru-baru ini.

Tiga wanita yang berhadapan dengan beruang itu melakukan reaksi yang berbeza.

Ada yang bertindak tenang, ada yang memusingkan badannya membelakangi beruang tersebut dalam keadaan kaku serta seorang lagi berada agak jauh sedikit daripada mereka.

Dalam pada itu, merujuk laporan Elmanana, kejadian beruang yang bertindak sebegini di kawasan penduduk sering terjadi pada musim kemarau, kerana menurut sesetengah pakar, haiwan mamalia sepertinya akan turun dari gunung (habitat mereka) untuk mencari makanan dan sumber air.

Selain itu, Bahagian Perlindungan Sivil Negara telah mengingatkan penduduk tentang langkah-langkah keselamatan sekiranya berhadapan dengan beruang.

Mereka dinasihatkan agar kekal bertenang, jangan berdiri di antara beruang (ibu) dan anaknya, jangan mendekati mereka, jangan memberi mereka makanan dan jangan cuba mengambil gambar swafoto dengannya.

Sumber: Twitter, Elmanana

The post (Video) Mendebarkan, Tiga Wanita Hadapi Detik Cemas Dihampiri Beruang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments