(Video) “Mati Itu Benar…Syurga, Neraka Itu Benar…”, KP Johor Baca Talkin, Ingatkan Anggotanya Jangan Ambil Rasuah & Membelot

talkin polis johor

Terkenal dengan ketegasan dan kelantangan beliau menentang pembelot dan penjenayah, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sekali lagi menjadi perhatian rakyat Malaysia melalui bacaan talkin beliau baru-baru ini.

Dalam Perhimpunan Bulanan PDRM Kontinjen Johor Julai ini, beliau telah mengingatkan anggotanya agar menjauhi aktiviti rasuah dan belot.

Khusus buat anggota beragama Islam, beliau telah membacakan talkin bagi menyampaikan mesej kesedaran buat kontinjen berkenaan.

“Bagi pegawai dan anggota polis Johor yang beragama Islam, saya ingin mengingatkan, mati adalah benar, soalan Munkar dan Nakir adalah benar, bangun daripada kubur dan dihidupkan semula adalah benar.

“Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira amalan kita adalah benar.

“Minum di kolam air Nabi Muhammad adalah benar. Syurga dan neraka adalah benar.

“Jadi berfikirlah dan ingat pesanan ini sekiranya tuan-tuan ingin mengambil rasuah atau bersekongkol dengan elemen-elemen pembelot,” tegas beliau.

Sumber: Syahir Sulaiman

The post (Video) “Mati Itu Benar…Syurga, Neraka Itu Benar…”, KP Johor Baca Talkin, Ingatkan Anggotanya Jangan Ambil Rasuah & Membelot appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments