(Video) Lori Tangki Kemalangan Meletup Ketika Orang Ramai Dipercayai Berebut Tadah Minyak ‘Percuma’

Tragis dan mengerikan. Itu apa yang dapat digambarkan mengenai sebuah video tular memaparkan insiden kebakaran tangki lori minyak yang terbalik dan membakar kesemua mangsa yang berada di tempat kejadian secara hidup-hidup.

Menerusi video tersebut, orang ramai yang membawa bekas dilihat berpusu-pusu membanjiri lori berkenaan dipercayai untuk mengambil minyak yang dari lori berkenaan.

Namun, tindakan tersebut membawa padah apabila tangki minyak itu meletup sekaligus api yang marak menyambar kesemua mangsa yang berada berdekatan tanpa sempat mereka berlari dan menyelamatkn diri.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu di sebuah lebuh raya di Magdalena, Colombia.

Pemandu trak, Manuel Catano, telah membawa 5,000 gelen minyak sebelum trak yang dipandunya hilang kawalan dan terbalik di tepi jalan.

Catano yang bergegas keluar daripada kabin mendapati beberapa minit kemudian penduduk sekitar mula datang dengan membawa bekas yang bekas untuk mengambil minyak berkenaan.

”Saya memberitahu mereka bahawa ia merupakan petrol premium dan boleh menyebabkan kebakaran,” kata Catano.

Namun, dia diminta untuk tidak ‘masuk campur’ dalam urusan mereka sambil mereka memecahkan injap tangki dengan paip untuk mengeluarkan petrol berkenaan.

Polis yang tiba mendapati bilangan orang ramai semakin bertambah di mana 120 orang dilaporkan mengerumuni tempat kejadian sebelum tangki tersebut meletup secara tiba-tiba.

Insiden berkenaan telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa dan menyebabka 52 lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan sedang mendapatkan rawatan.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Lori Tangki Kemalangan Meletup Ketika Orang Ramai Dipercayai Berebut Tadah Minyak ‘Percuma’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments