(Video) Lihat Semula Video Lama Anak, Lelaki Tercengang Dakwa Nampak Sosok Tubuh Wanita Tidak Berwajah

Seorang bapa tercengang apabila dia mendakwa terlihat seorang sosok wanita tanpa wajah ‘menghiasi’ satu sudut di dalam video anak perempuannya.

Lelaki yang berasal dari Taipei, Taiwan itu dipercayai melihat semula gambar dan video lama ketika dia menjumpai rakaman anak perempuannya dari beberapa tahun yang lalu.

Video anak perempuannya yang menari dan menyanyi itu dipercayai dirakam semasa mereka melawat rumah mertuanya di daerah Yunlin iaitu di Pantai Barat negara itu pada 22 Ogos 2017.

Namun, apabila dilihat dengan lebih dekat, dia menyedari bahawa ada sesuatu yang sangat mengerikan di belakang anak perempuannya iaitu sosok seorang wanita.

Menerusi saat pertama rakaman tersebut, sosok berambut panjang tanpa wajah kelihatan sedang duduk di meja.

Bapa tersebut percaya bahawa ia merupakan seorang hantu perempuan dan menyebabkan seluruh keluarganya juga ‘menggigil’, lapor Mirror UK.

Lebih menyeramkan, rupanya mertua kepada jirannya dipercayai telah mengebumikan anak perempuan mereka pada hari yang sama ketika dia merakam video tersebut.

“Saya yakin bahawa saya dan anak perempuan saya satu-satunya yang berada di bilik pada ketika itu,” katanya kepada media tempatan.

“Saya masih ingat mertua mengatakan bahawa jiran-jiran kami sedang mengadakan pengebumian di belakang rumah pada ketika itu. Anak perempuan jiran itu telah meninggal dunia,” tambahnya lagi.

Menurut media Taiwan, pakar-pakar video mengatakan bahawa adalah tidak mungkin untuk lelaki itu menyunting video tersebut kerana tahap ‘gegaran’ wujud dalam rakaman tersebut.

Sumber: Mirror

The post (Video) Lihat Semula Video Lama Anak, Lelaki Tercengang Dakwa Nampak Sosok Tubuh Wanita Tidak Berwajah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments