(Video) Lelaki Dakwa Ada ‘Suara’ Lain Ikut Mengaji Ketika Sedang Baca Al-Quran

Ramai yang pernah berdepan dengan kisah-kisah misteri atau gangguan aneh yang pastinya mencetuskan ketakutan dan rasa seram yang tak dilupakan.

Seperti perkongsian oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Nadzmin Adam di Twitter mengenai kejadian misteri yang berlaku dan secara tidak sengaja dapat dirakamkan.

Menerusi video berdurasi 18 saat, dia dilihat sedang mengalunkan bacaan Yassin namun terganggu apabila bacaan tersebut diikuti dengan satu suara lain di belakang yang mengikuti bacaannya.

Nadzmin ketika dihubungi berkata, dia ketika itu sedang merekod bacaan Yassin untuk salah satu tugasan di universiti, hanya menyedari kejadian tersebut setelah melihat semula rakaman itu.

Kata Nadzmin, perasaan aneh timbul apabila dia merasa meremang dan bacaan Yassin yang dibacanya juga seakan terganggu dan tidak lancar seperti kebiasaan.

Korang ada dengar ‘something’ tak?

Rakaman yang dimuat naik pada semalam, telah meraih perhatian warganet dan mendapat lebih 200 ribu tontonan dalam hanya tempoh beberapa jam.

Rata-rata turut mendengar dengan jelas suara tersebut dan mengakui merasa seram serta tidak menolak terdapat kehadiran makhluk lain yang bersama pemuda itu.

Ada ‘orang’ ikut baca

‘Dia’ ikut mengaji tapi tak boleh habiskan ayat

‘Ramai’ tengah ikut baca tu

Sumber: Nadzmin Adam

The post (Video) Lelaki Dakwa Ada ‘Suara’ Lain Ikut Mengaji Ketika Sedang Baca Al-Quran appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments