(Video) Lebih 80 Tahun Berkahwin, Gelagat Comel Nenek Tutup Mata Suami ‘Ketakutan’ Nak Diambil Darah

tHampir semua orang mengimpikan perkahwinan bahagia hingga ke hujung nyawa. Perkahwinan seperti ini hanya dapat dicapai dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi antara kedua-dua pihak.

Baru-baru ini, satu pasangan warga emas di China membuatkan hati orang ramai ‘cair’ melihat kemanisan mereka yang setia hingga ke hujung usia.

Dalam video dikongsikan media tempatan, CGTN, kelihatan seorang nenek menutup mata suaminya dipercayai kerana lelaki berkenaan takut darahnya diambil.

Pasangan yang masing-masing berusia 100 dan 98 tahun itu dikatakan telah berkahwin selama 80 tahun.

Video tular tersebut telah menarik perhatian orang ramai dengan lebih 5.5 ribu tontonan dalam tempoh sekitar satu jam sahaja.

Sumber: CGTN

The post (Video) Lebih 80 Tahun Berkahwin, Gelagat Comel Nenek Tutup Mata Suami ‘Ketakutan’ Nak Diambil Darah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments