(Video) Lebih 5 Juta Tontonan, Ini Cara Genius Keluarkan Tayar Dari Lumpur & Tak Perlu Tolak Beramai-ramai

tips tayar tersangkut lumpur

Tayar tersangkut di dalam lopak pastinya menjadi pengalaman buruk lagi menyusahkan buat semua orang. Tambahan pula kalau kita sedang memandu sendirian dan tiada orang lain di sekeliling yang boleh menawarkan pertolongan, pasti buntu jadinya.

Jangan risau, tips ini sudah tentu akan memudahkan kerja anda di kemudian hari jika ditimpa situasi serupa.

Dalam video dikongsikan @Kantahara, anda boleh mengeluarkan tayar dari lumpur atau selut dengan lebih mudah tanpa memerlukan tenaga yang banyak.

Malah, anda mungkin boleh melakukannya sendiri jika berada dalam situasi berkenaan sendirian.

Caranya, ikat sebatang kayu pada tayar dengan kuat.

Kemudian, tekan sahaja minyak dan gerakkan tayar untuk mengeluarkannya dari tanah. Kalau dilihat cara ini, ia sedikit sebanyak menyerupai konsep kenderaan tayar lipan yang boleh bergerak di permukaan tidak rata seperti di sawah.

Justeru, ia juga mungkin boleh digunapakai jika tayar anda tersangkut di dalam tanah.

Pernahkah anda cuba cara ini? Kalau anda ada tips lain yang berkesan, jangan lupa kongsikan juga di ruangan komen.

Sumber: Kantahara

The post (Video) Lebih 5 Juta Tontonan, Ini Cara Genius Keluarkan Tayar Dari Lumpur & Tak Perlu Tolak Beramai-ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments