(Video) Lebih 1,400 Individu Tak Hadir Ujian COVID-19 Kali Kedua, KKM Ada Data & Tahu Dimana Mereka Berada

Putrajaya, 1 Julai – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesan lebih 1,400 individu yang ingkar untuk menjalani saringan kedua COVID-19 setelah tamat tempoh kuarantin kendiri di rumah.

Kesemua mereka merupakan individu yang baru pulang dari luar negara dan perlu menjalani saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin.

“Kita telah kenalpasti individu tersebut. Kita ada alamat dan sebagainya,” kata Noor Hisham.

“Kita telah laksanakan swab hari pertama. Hari ke-13 mereka patut menjalankan swab dan hari ke-14 datang ke klinik tetapi mereka tidak hadir ke klinik.

“Kami akan laksanakan pengesanan kenapa mereka tak hadir dan sebagainya.

“Kami ada data mereka dan kita tahu di mana mereka berada,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan berkata pihak polis akan mengesan individu terlibat. Mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, katanya.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, July 1, 2020

Sumber: KKM

The post (Video) Lebih 1,400 Individu Tak Hadir Ujian COVID-19 Kali Kedua, KKM Ada Data & Tahu Dimana Mereka Berada appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments