(Video) Kes Conteng: MBSA Padam Keseluruhan Mural Wajah-Wajah Pemimpin Negara

Sebentar tadi tular di media sosial apabila lukisan mural pemimpin-pemimpin utama negara termasuk wajah YDP Agong telah diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta menulis kata-kata kesat terhadap lukisan tersebut.

Mural Wajah Wira-Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah YDP Agong Diconteng Serta Ditulis Kata-Kata Kesat

Posted by Siakap Keli on Sunday, 19 July 2020

Situasi terkini kejadian berkenaan, Majlis Bandaraya Shah Alam bertindak pantas dengan memadam keseluruhan lukisan tersebut menggunakan cat berwarna putih.

Kawasan tersebut juga dikelilingi dengan garisan polis. Semoga kes ini dapat diselesaikan dan si pelaku menerima hukuman yang sewajarnya.

Kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara

Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam selesai melakukan kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam hari ini.

Posted by Bernama TV on Sunday, 19 July 2020

Susulan tindakan 'Vandalism' pada lukisan mural yang viral di Shah Alam..Pihak Berkuasa Tempatan (MBSA) bertintak…

Posted by Friends Of PDRM on Sunday, 19 July 2020

Lukisan mural gergasi itu dilukis oleh Suhaimi Ali bagi menghargai jasa pemimpin-pemimpin negara yang bertungkus-lumus mentadbir negara yang sedang berperang dengan pandemik Covid-19 tapi kini semuanya tinggal kenangan apabila lukisan tersebut telah dipadam selepas menjadi sasaran pelaku vandalisme.

Sumber: Friends of PDRM, Bernama TV

The post (Video) Kes Conteng: MBSA Padam Keseluruhan Mural Wajah-Wajah Pemimpin Negara appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments