(Video) “Kapal Merah Itu Bunyikan Penggera,” Detik-Detik Dua Kapal Besar ‘Berlanggar’ Sempat Dirakam Kamera

Satu rakaman mendebarkan memaparkan dua kapal besar berlanggar di antara satu sama lain telah tular sejak Sabtu lalu, lapor Daily Mail.

Kejadian itu berlaku ketika kedua kapal tersebut saling menghampiri satu sama lain di Welland Canal iaitu sebuah laluan pelayaran utama sejauh 26 batu yang menghubungkan Tasik Erie dan Danau Ontario di Kanada.

Menerusi video tersebut, kapal Alanis dan Florence Spirit dapat dilihat sedang melalui laluan yang sama sebelum mereka bertembung.

Penggera dapat didengari ketika kedua-dua kapal itu semakin mendekat namun tiada apa yang sempat dilakukan dan bunyi pergeseran kedengaran.

Florence Spirit yang merupakan sebuah kapal yang kelihatan lebih kecil ‘mengikis’ pada sisi kapal Alanis yang lebih besar sebelum keduany berhenti dan perlahan-lahan ‘melayang’ menuju tebing terusan di situ.

Saksi yang melihat kejadian itu, Alex Stewart, berkata bahawa dia menyangkakan pada awalnya kapal-kapal kargo itu akan melalui dengan selamat namun kemudian dia mendengar Alanis membunyikan penggera.

“Kami tidak merasakan bahawa kapal-kapal itu akan berlanggar namun kemudiannya kapal merah itu membunyikan penggera, pada ketika itu kami tahu ada sesuatu yang akan terjadi,” katanya.

Punca kemalangan itu masih tidak dapat dikenalpasti dan dinyatakan bahawa keadaan navigasi di terusan itu adalah normal pada saat kemalangan pada hari Sabtu. Tiada yang cedera dalam kejadian tersebut.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) “Kapal Merah Itu Bunyikan Penggera,” Detik-Detik Dua Kapal Besar ‘Berlanggar’ Sempat Dirakam Kamera appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments