(Video) Kanak-Kanak Istimewa Tak Henti-henti Senyum & Puji Diri Cantik Selepas Dapat Kaki Palsu Baru

Setiap hari kita akan menggeluh tentang banyak perkara walhal ia merupakan perkara yang kecil dan remeh. Kita lupa ada sebenarnya  orang yang berhadapan dengan masalah yang jauh lebih besar tetapi mereka menghadapinya dengan keadaan yang sangat tenang dan ceria.

Itu yang ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak perempuan Maria Shaaban berusia 3 tahun yang menunjukkan kegembiraan ketika menerima kaki palsu yang baru di sebuah pusat rawatan di wilayah Aleppo di Syria.

Video Maria menerima kaki prostetik baru yang di muat naik 15 Mac tahun lepas ini tular semula di media sosial.

Video tersebut menujukkan seorang ahli terapi fizikal iaitu Ghazal Hilal menggantikan kaki palsu kanak-kanak tersebut.

“Adakah awak gembira? Ini kaki untuk Maria yang cantik,” kata Hilal dalam video tersebut.

Dengan senyuman kegembiraan dapat didengari dari mulut Maria mengatakan “Saya Maria yang cantik,”

Menurut Hilal, Maria kehilangan kakinya dalam serangan udara di wilayah Raqqa ketika berusia 1 tahun dan lebih memburukkan keadaan serangan tersebut membunuh seluruh keluarga kanak-kanak tersebut.

Hilal bekerja di sebuah pusat rawatan, di kem Pelarian Bab Al-Sameh di wilayah Azaz. Menurut Hilal lagi, Maria memerlukan kaki prostetik baru bagi setiap enam bulan.

Sumber: indiatimes.com The Sun

The post (Video) Kanak-Kanak Istimewa Tak Henti-henti Senyum & Puji Diri Cantik Selepas Dapat Kaki Palsu Baru appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments