(Video) Kaki ‘Iron Board’ Patah, Wanita Ubah Suai Papan Seterika Boleh Dilipat Ke Dinding

Tidak semua barangan di dalam rumah yang telah rosak perlu dibuang begitu sahaja kerana terkadang ia akan menghasilkan sesuatu yang baharu dan lebih berguna untuk seisi keluarga.

Sama dengan kiriman yang dikongsikan oleh Norhidayah Adam yang mengubah semula papan seterikanya yang telah patah pada bahagian kaki.

Menurutnya, hanya satu bahan sahaja yang digunakan untuk melekatkan papan seterika tersebut pada dinding iaitu braket.

Posted by Norhidayah Adam on Thursday, January 2, 2020

Bagi melihat dengan lebih terperinci, ikuti kiriman yang telah dikongsikan Norhidayah di bawah ini:

Sharing is caring.
Asalnya kaki ironboard ni patah..
Nak buang papannya syg sebab masih kukuh.
(2020 kena jimat)🤣🤣
JD kita diy dia.
1 papan iron
2 braket ada jual kt DIY.
Suruh laki korg tebuk lubang.
Aku kena tebuk sndri sebab laki kerja
Sangat jimat ruang.
Nak buat UTK meja study anak ke,meja makan lipat PON boleh..( ni next projek aku la nanti)

Dapatkan pelbagai jenis ‘iron board’ di SINI

Juga boleh dapatkan pelbagai jenis seterika di SINI

Dapatkan alat seperti dalam gambar di SINI

Seperti yang dapat dilihat dalam video, papan seterika tersebut boleh dilipat menghadap dinding dan secara langsung boleh menjimatkan ruang. Dengan hanya menggunakan beberapa bahan saja, papan seterika yang telah rosak di bahagian kaki kini boleh digunakan semula.

Idea yang dikongsikan oleh Norhidayah ini sangat sesuai untuk dilakukan terutamanya bagi yang mengalami kerosakan pada bahagian kaki ‘iron board’.

Sumber: Norhidayah Adam

The post (Video) Kaki ‘Iron Board’ Patah, Wanita Ubah Suai Papan Seterika Boleh Dilipat Ke Dinding appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments