(Video) Jemaah Mula Lakukan Tawaf, Suasana Sekitar Masjidil Haram Dengan Penjarakan Sosial

Umum pastinya mengetahui bahawa pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelbagai acara atau upacara besar-besaran terpaksa dibatalkan untuk mengelak penularan virus tersebut.

Disebabkan itu juga, kebanyakan masyarakat Islam di seluruh dunia terpaksa menangguhkan ibadah haji pada tahun ini. Hanya warganegara serta penduduk tetap Arab Saudi yang memenuhi syarat ditetapkan yang dibenarkan untuk menjalani rukun Islam kelima itu, lapor Bernama.

Memetik laporan Bernama juga, lapan jemaah dari Malaysia juga dibenarkan oleh Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Gambar Via Masjid Al Haram

Merupakan hari pertama musim haji tahun ini, jemaah haji telah melaksanakan Tawaf Qudum iaitu tawaf mula tiba pada hari ini.

Gambar Via Masjid Al Haram

Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di media sosial, dapat dilihat suasana hari pertama jemaah haji yang sedang bertawaf.

Gambar Via Masjid Al Haram

Memetik laporan CGTN, jemaah juga dilihat memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial semasa sedang bertawaf.

Sumber: Twitter, Facebook

The post (Video) Jemaah Mula Lakukan Tawaf, Suasana Sekitar Masjidil Haram Dengan Penjarakan Sosial appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments