(Video) Impak Perintah Berkurung Tiga Bulan, Rakaman Menakjubkan Dedah Ruang Udara Bangkok Tampak Bersih

Satu rakaman memaparkan betapa bersihnya udara setelah tiga bulan perintah berkurung dilaksanakan di Bangkok, Thailand.

Langit di negara itu diliputi oleh kabut beracun yang diperbuat dari zarah PM2.5 berbahaya pada awal tahun ini disebabkan oleh kebakaran pembinaan , kereta dan pertanian.

Zarah PM2.5 adalah bahan partikulat atmosfera halus (PM) yang mempunyai diameter kurang dari 2.5 mikrometer dan menimbulkan ancaman kepada kesihatan orang ramai ketika tahap udara adalah tinggi.

Larangan menyeluruh terhadap pelancong-pelancong yang bermula sejak akhir Mac lalu juga telah mengurangkan jumlah kereta, teksi dan minivan di jalan raya.

Rakaman mengagumkan yang diambil semalam di daerah Huai Khwang di ibu negara memperlihatkan perbezaan yang luar biasa.

Manfaat dari perintah berkurung adalah tahap pencemaran yang rendah dan langit yang cerah kerana kekurangan kereta di jalan raya, lapor Pusat Penyelidikan Tenaga dan Udara Bersih (CREA).

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Impak Perintah Berkurung Tiga Bulan, Rakaman Menakjubkan Dedah Ruang Udara Bangkok Tampak Bersih appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments