(Video) Harimau Tercungap-Cungap Keletihan, Berkali-Kali Panjat Tembok Untuk Kembali Ke Habitat

Satu video memaparkan seekor harimau yang berusaha memanjat penghadang jalan untuk masuk ke dalam hutan telah menjadi tular di media sosial.

Rakaman tersebut telah dikongsikan oleh seorang pegawai Indian Forest Service (IFS) Parveen Kaswan menerusi akaun media sosialnya.

Klip rakaman tersebut memaparkan seekor harimau yang gigih memanjat penghadang jalan untuk kembali ke habitatnya. Haiwan tersebut kelihatan cuba memanjatnya berkali-kali, namun setiap kali ia berjaya panjat, ia menjadi takut dan lalu turun semula.

Jika diperhatikan, harimau berkenaan seakan keliru serta seakan tidak tahu cara untuk memanjat dan melepasi tembok penghadang tersebut. Setelah mencuba beberapa kali, harimau itu kemudiannya berputus asa dan meneruskan perjalanannya.

Dalam video lain yang dikongsikan di internet, harimau tersebut dilihat berada dalam keadaan tercungap-cungap kelihatan ketika dalam usaha untuk kembali ke habitat. Beberapa pengguna jalan raya juga turut berhenti untuk melihat gelagat haiwan tersebut.

Sejak video tersebut dimuat naik, ianya terus menjadi tular dengan serta merta sehingga berjaya meraih lebih 20 ribu tontonan.

Warganet yang prihatin akan nasib harimau itu telah bertindak membanjiri ruangan komen dengan menzahirkan rasa sedih ke atas haiwan berkenaan.

Sumber: Parveen Kaswan

The post (Video) Harimau Tercungap-Cungap Keletihan, Berkali-Kali Panjat Tembok Untuk Kembali Ke Habitat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments