(Video) Guna 2 Bahan Saja, Tips Cuci ‘Track’ Tingkap Dan ‘Sliding Door’ Sampai Bersih

Sliding door serta track di tingkap lazimnya pasti akan kotor serta berhabuk. Untuk membersihkannya pula bukan senang. Ini kerana ruang yang terdapat pada kawasan tersebut membataskan pelbagai barangan yang digunakan untuk mencuci kotoran.

Oleh kerana itu, secara kebiasaannya kita akan memilih untuk membiarkannya sahaja tanpa dibersihkan. Walaupun ada juga yang membersihkannya dengan hanya menggunakan air dan sabun, namun bagaimana pula dengan kotoran degil yang melekat di situ ?

Namun begitu, kini anda tidak perlu lagi pening memikirkan cara untuk membersikan ruang tersebut.

Ini kerana, terdapat satu video Youtube dari lovelygrtt memaparkan cara mudah untuk membersihkan kawasan track tingkap serta sliding door di rumah anda dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu soda bikarbonat dan hidrogen peroxide.

Dapatkan hidrogen peroxide di SINI.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video dibawah:

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya langkah ini dilakukan dengan memakai sarung tangan yang sesuai. Hasil yang diperolehi pastinya akan dapat memberikan kepuasan kepada seseorang.

Mudah sahaja caranya iaitu dengan meletakkan kedua-dua bahan tersebut di ruangan track tingkap dan pintu, ruangan tersebut akan menjadi bersih selepas mengelapnya. Ataupun anda boleh membersihkan kotoran terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan kaedah tersebut.

Dapatkan pelbagai jenis soda bikarbonat di SINI

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya langkah ini dilakukan dengan memakai sarung tangan yang sesuai. Hasil yang diperolehi pastinya akan dapat memberikan kepuasan kepada seseorang.

Sumber: lovelygrtt

The post (Video) Guna 2 Bahan Saja, Tips Cuci ‘Track’ Tingkap Dan ‘Sliding Door’ Sampai Bersih appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments