(Video) Gelagat Si Oyen ‘Ceroboh’ Laci Curi Tumpuan, Tak Lepas Masuk Jadi Bahan Tawa Netizen

Siapa je yang tak kenal dengan perangai si oyen ni. Kalau tak nakal dan tak banyak perangai, memang tak sah.

Kalau sebut sahaja nama oyen, pasti ramai yang geram. Terbaru di media sosial, gelagat si oyen tak lepas nak masuk dalam laci berjaya curi tumpuan warganet.

Video yang berdurasi selama 24 saat ini memaparkan aksi-aksi si oyen yang cuba untuk masuk ke dalam laci dikongsikan di Twitter oleh Nurasisyah Hazeman.

Pun begitu, usahanya itu gagal membuahkan hasil apabila perutnya tersangkut dan tidak muat untuk membolehkan dia masuk sepenuhnya.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut terhibur dengan gelagat si oyen berkenaan.

Sumber: Twitter

The post (Video) Gelagat Si Oyen ‘Ceroboh’ Laci Curi Tumpuan, Tak Lepas Masuk Jadi Bahan Tawa Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments