(Video) “Floating Market” Di Pulau Suri, Destinasi Wajib Singgah Jika Jalan-Jalan Di Kelantan

Kalau sebut pasar terapung, mesti teringat semasa membeli-belah di Hatyai, Thailand dan Bandung, Indonesia. Malah tempat-tempat ini menjadi satu kemestian bila mengunjung ke sana. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita, semua pintu sempadan di tutup untuk mengelakkan daripada jangkitan Covid-19 dari negara luar, jadi pasti ada yang merindui pasar terapung kan?

Korang tak perlulah nak rasa kecewa, pergi je Pulau Suri, Tumpat Kelantan untuk merasai kenikmatan jualan istimewa daripada penjual di sana. Tempat yang cantik dan murah memang akan jadi ‘travel list’ koranglah.

Destinasi menarik ini dikongsikan oleh pengguna Facebook, Hayati Bekri yang berkunjung ke negeri Kelantan untuk menikmati sendiri permandangan dan susana di pasar tersebut.

“Pulau Suri Floating Market . There’s A hidden Gem in kelantan”

“Pulau Suri Floating Market . There’s A hidden Gem in kelantan. Orang luar yang planning nak datang kelate, boleh try ke sini. Makanan semua sedap-sedap, tikar tempat duduk semua dorang sediakan. Harga sangat murah . Orang kelate pun kena datang sini, Support business derang, Check in.

Para penjual yang cantik-cantik

Cucuk-cucuk RM 1

Laksa tempurung RM 3.50

For instagrammable, tu kat bawah kita ada spot ootd.

“On the way balik from Pulau Suri, menikmati keindahan penduduk-penduduk pulau yang tenang.”

On the way balik from Pulau suri, menikmati keindahan penduduk2 pulau yang tenang .

Posted by Hayati Bekri on Friday, 17 July 2020

 

Sumber: Hayati Bekri

The post (Video) “Floating Market” Di Pulau Suri, Destinasi Wajib Singgah Jika Jalan-Jalan Di Kelantan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments