(Video) Detik Mendebarkan Dua Remaja Melambung Ke Udara Selepas Buaian Dinaiki Bersama Tercabut

Satu rakaman mencemaskan yang memaparkan dua orang remaja terpelanting ketika sedang bermain buaian di sebuah taman permainan di Kazakhstan berjaya dirakam kamera pengawasan.

Ketika kejadian, kedua-dua remaja yang berusia 13 dan 14 tahun itu dilihat berdiri bersama-sama di atas buaian tersebut.

Apabila skru yang terdapat pada buaian terbabit tidak dapat menampung berat kedua-dua mereka, buaian tersebut telah tercabut dan menyebabkan mereka terpelanting ke arah belakang buaian itu.

Salah seorang daripada remaja itu dilihat terpelanting melepasi pagar taman permainan itu manakala seorang lagi terjatuh tidak jauh daripada buaian tersebut.

Susulan daripada itu, kedua-dua mereka terus digegaskan ke Pavlodar Regional Children’s Hospital untuk mendapatkan rawatan. Mereka dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala, konkusi dan kecederaan pada soft tissue mereka.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Detik Mendebarkan Dua Remaja Melambung Ke Udara Selepas Buaian Dinaiki Bersama Tercabut appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments