(Video) Detik-Detik Cemas Bas Terjunam Masuk Tasik Korbankan 21 Penumpang

Kira-kira 21 orang mangsa terkorban dan 15 orang cedera dalam satu kejadian ngeri apabila sebuah bas terjunam ke tasik takungan di sebuah daerah di Guizhou, China.

Menurut petikan daripada BBC, kesemua mangsa adalah pelajar yang dijadualkan bakal mengikuti satu peperiksaan untuk memasuki universiti iaitu ‘gaokao’.

Pemandu bas yang sudah bekerja hampir 23 tahun antara mangsa yang turut terkorban dalam nahas tersebut.

Bagaimanapun, jumlah penumpang maih tidak jelas malah punca kemalangan juga turut dalam siasatan.

Dalam rakaman tersebut, menunjukkan bas bergerak perlahan sebelum membelok ke arah bertentangan secara tiba-tiba sebelum terjunam ke tasik takungan air yang dikatakan terbesar di China.

Peperiksaan ‘gaokao’ telah ditunda hampir sebulan akibat wabak Covid-19 dan mula berlangsung dua hari yang lalu.

Jabatan Bomba Guizhou telah mengumumkan bahawa sebanyak 141 anggota penyelamat termasuk 19 orang penyelam terlibat dalam usaha mencari mangsa yang hilang.

 

Sumber: BBC

The post (Video) Detik-Detik Cemas Bas Terjunam Masuk Tasik Korbankan 21 Penumpang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments