(Video) Detik-Detik Bas Bawa Penumpang Terhumban Dalam Tasik, 21 Orang Dilaporkan Maut

Seramai 21 orang dilaporkan telah meninggal dunia selepas sebuah bas terjunam ke dalam sebuah tasik di China, lapor Sky News.

Rakaman CCTV menunjukkan kenderaan itu tiba-tiba melintasi enam lorong laluan trafik di Anshun, wilayah Guizhou pada Selasa sebelum merempuh penghadang dan terjunam ke dalam Tasik Hongshan.

Sekurang-kurangnya 15 orang telah diselamatkan dari kenderaan itu di barat daya China yang dipercayai membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah untuk menjalani peperiksaan kemasukan universiti.

Memetik laporan Sky News, mereka yang telah diselamatkan telah dibawa ke hospital untuk dirawat kerana kecederaan mereka.

Operasi menyelamat berskala besar dilancarkan untuk menarik keluar bas tersebut dari dalam air namun tidak dapat dipastikan punca yang menyebabkan kemalangan itu.

Sumber: Sky News

The post (Video) Detik-Detik Bas Bawa Penumpang Terhumban Dalam Tasik, 21 Orang Dilaporkan Maut appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments