(Video) CCTV Rakam Kelibat Seakan Nenek Tua Bongkok Pakai Jubah Hitam

Sebuah video seram memaparkan kelibat seakan-akan nenek tua yang yang sedang berjalan terbongkok-bongkok menuruni tangga menimbulkan rasa seram ramai.

Menerusi rakaman litar tutup (CCTV) yang dimuatnaik oleh Twitter creepyposta, kelibat tersebut dilihat menuruni tangga dengan sangat perlahan sambil memakai jubah hitam sebelum hilang disebalik pintu.

Video berdurasi 58 saat itu didakwa dirakam di sebuah jabatan kerajaan pada jam 1.46 pagi. Namun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar tempat kejadian.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut memberikan pandangan masing-masing dan ada yang mengatakan tempoh masa yang diambil untuk kelibat berkenaan menuruni beberapa anak tangga memakan masa terlalu lama.

Nak turun berapa anak tangga pun ambil masa 50 saat

Dasar nenek kebayan

Macam tengah buat ‘slow-motion challenge’

Sumber: Twitter @creepyposta

The post (Video) CCTV Rakam Kelibat Seakan Nenek Tua Bongkok Pakai Jubah Hitam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments