(Video) Berkali-Kali Tunduk Hormat, Aksi Budak Ucap Terima Kasih Kepada Pemandu Raih Pujian Netizen

Cara didikan dan contoh yang baik dari ibu bapa dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai sifat-sifat yang ideal dan terpuji. Disamping mendidik generasi baru yang berkemahiran tinggi, anak-anak muda juga perlu diberi didikan tentang nilai-nilai murni dalam sebuah kehidupan.

Di Malaysia, rata-rata masyarakat akan mengangkat tangan dan senyum sebagai tanda terima kasih ketika melintas jalan, tetapi berbeza dengan budaya di Jepun dan China dimana penduduk sana akan menunduk hormat selepas melintas jalan.

Perkara ini dikongsikan oleh sebuah portal berita dari China yang berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki tunduk hormat tanda terima kasih kepada pemandu yang berhenti.

Walaupun dalam keadaan hujan, kanak-kanak tersebut sempat menunduk hormat kepada pemandu yang telah berhenti untuk dia melintas jalan.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Tu Yukai berumur 8 tahun salah seorang pelajar sekolah rendah Suzhou, China Timur itu sedang dalam perjalanan ke sekolahnya sewaktu video itu dirakam.

Video yang telah ditonton lebih 20 ribu pengguna media sosial ini dirakam oleh ibu kanak-kanak tersebut yang memerhatikannya dari tingkap rumah.

Rakaman tersebut tular di internet dimana rata-rata warganet memuji cara didikan ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Sumber: Xinhua News

 

The post (Video) Berkali-Kali Tunduk Hormat, Aksi Budak Ucap Terima Kasih Kepada Pemandu Raih Pujian Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments