(Video) “Berbismillah Bersama,” Bacaan Qariah Muda Bersama Dua Selebriti Ini Buat Ramai Terpegun

Video johan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, Farhatul Fairuzah, yang membuat ‘tarannum challenge’ bersama adik beradiknya baru-baru ini telah menjadi tular di media sosial.

Kebolehannya dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sudah tidak perlu disangkal lagi.

Terbaru, dalam satu video yang dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya, beliau telah berkesempatan untuk membuat ‘tarannum challenge’ bersama dua artis terkenal Malaysia iaitu Ernie Zakri dan Wany Hasrita.

Pada permulaan rakaman berkenaan, Farhatul telah membacakan Bismillah dengan penuh kemerduan. Kemudiannya, Ernie Zakri pula melantunkan bacaan merdu diikuti oleh Wany Hasrita di penghujung rakaman. Ketiga-tiga bacaan Bismillah itu juga dibacakan dengan nada yang merdu.

Walaupun dengan hanya lafaz Bismillah, namun alunan suara yang lunak dalam melafazkan kalimah tersebut berjaya meraih pujian dari warganet.

Sumber: Farhatul Fairuzah

The post (Video) “Berbismillah Bersama,” Bacaan Qariah Muda Bersama Dua Selebriti Ini Buat Ramai Terpegun appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments